Wednesday, February 3, 2010

aNda seKaranG beRada...

Pada 26hb Januari yang lalu bersamaan sehari selepas mendapatkan rawatan gigi..saye dikehendaki menjalankan misi penting di Perlis Indera Kayangan..setelah misi berjaya saye berkesempatan melawat sekitar bandaraya perlis dan kawasan sekitarnye bagi meninjau masalah rakyat..keh3..setibanye di satu kawasan yang dinamakan Chuping,mata saye terpana kepada satu papan tanda yang berbunyi.."Anda sekarang berada di kawasan terpanas di Malaysia.Suhu tertinggi pernah dicatatkan di kawasan ini ialah 41 darjah celcius." mak aih panas btol..da nk smpai takat didih da tuh..


Kemudian satu lagi papan tanda berbunyi " Anda sekarang berada di ladang tebu terbesar di Malaysia iaitu seluas 8063 hektar" lebih 8000 hektar tuh tuan2..bayangkan berapa banyak stadium World Cup bulih dibina di kawasan seluas ini..ha kire la sndri..patut pon tokey gule nih kaye nk mampos..sbbnye 40% keluaran gule kt Malaysia nih dtg dr ladang die..(ye ye jer fakta aku nih..kalo xsilap aku la..kalo slh btolkn sndri la ek..hehe)

jadi saye gambarkan la sedikit keluasan ladang nih..tp oleh kerana faktor kawasan dan camera tidak cukup power untuk capture keseluruhan ladang tebu ini,maka tuan-tuan mungkin xdapat gambaran jelas bagaimana luasnye ladang tebu nih..(kamera mahal pon xmmpu nk capture seluruh ladang tebu ni kot..panjang die je da mengambil kire2 14km dari keseluran 28km jalan yang saye lalui itu)
Jalan menuju ke Padang Besar,Perlis.Panjang jalan ini adalah kire 28km..separuh daripada panjang jalan ini ialah kawasan ladang tebu dikiri dan kanan..
Ni jer yang camera saye mmpu capture.
itu ialah kilang gula yang menghasilkan hampir separuh keluaran gula di Malaysia.

sebahagian kawasan ladang tebu

0 comments: